Kesimpulan



9.0       CADANGAN DAN KESIMPULAN


9.1       Cadangan


            Program yang telah dijalankan ini adalah baik untuk kedua-dua belah pihak Kompleks Penjara daerah Kluang dan pelajar sendiri. Program ini juga merupakan titik permulaan perhubungan antara pihak Universiti dengan pihak Penjara. Program ini boleh ditambahbaik dengan menyelitkan lebih banyak aktiviti-aktiviti yang dapat memberi banyak input kepada banduan.


Jika ada kesempatan juga program seperti ini adalah sangat dialu-alukan oleh pihak penjara. Pelbagai aktiviti yang boleh dibuat bersama banduan seperti Latihan dalam Kumpulan, Menguji minda mereka dengan permainan minda, memberi motivasi dan sebagainya.


Aktiviti-aktiviti yang hendak dibuat perlu dirancang terlebih dahulu dengan teliti, apa yang perlu dibuat dan apa yang tidak boleh dilakukan sewaktu berdepan dengan banduan. Ini penting agar program tersebut menjadi teratur dan tidak berlaku kelam-kabut.


Apa yang penting aktiviti seumpama ini dapat membantu banduan dalam menjalani kehidupan seharian dan apabila mereka keluar penjara kelak.


         9.2       Kesimpulan


            Kesimpulannya, program kemasyarakatan ini mempunyai sebab-sebab yang kuat untuk dilaksanakan oleh Institusi Pengajian Tinggi Awam mahupun Swasta.  Pelaksanaan program ini dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri pelajar dan mengeratkan hubungan silaturrahim di antara masyarakat setempat dengan mahasiswa.  Selain daripada memenuhi keperluan kursus dan dapat memberikan pengalaman baru kepada pelajar khasnya untuk menjadi seorang pemimpin satu hari kelak.


        Pengalaman seumpama ini tidak akan diperolehi secara teori.  Program ini secara tidak langsung akan memupuk semangat kerjasama di kalangan pelajar serta mendidik pelajar mencapai matlamat dalam kerja berpasukan.  Pelajar juga dapat belajar cara-cara untuk membentuk satu kumpulan kerja yang amat memerlukan satu bentuk semangat kerjasama antara setiap individu dalam mencapai sesuatu objektif kumpulan atau objektif sesuatu organisasi yang ditubuhkan.


      Semoga program ini dapat membantu para pelajar dalam mengendalikan sesuatu projek atau program dan meneruskan usaha murni berkhidmat kepada masyarakat. Selain itu diharap dengan adanya program ini sedikit sebanyak membantu banduan dalam membentuk jati diri mereka serta memberi mereka dorongan agar lebih berkeyakinan dalam menempuh hidup.

No comments:

Post a Comment