Projek ini merupakan satu program khidmat sosial atau pembangunan masyarakat yang dianjurkan oleh pelajar luar kampus (PLK) Universiti Utara Malaysia , Kampus Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim. Program ini dinamakan Program Masih Ada Yang Sayang: 4 Penjuru Tembok Harapan bersama-sama dengan penghuni dan pelajar Sekolah Intergriti Penjara Kluang.
Program ini adalah hasil usahasama dari pelajar Universiti Utara Malaysia Kampus Johor Bahru Sesi Jun 2011/Januari 2012. Tujuannya ialah memupuk tanggungjawab dalam diri setiap pelajar tentang tanggungjawab terhadap masyarakat sekeliling terutama yang memerlukan bantuan dan sokongan seperti banduan-banduan yang perlu diberi dorongan dan semangat dalam menjalani kehidupan mendatang.
Dengan mengadakan program ini sebagai melengkapkan proses pembelajaran para pelajar PLK UUM kampus Johor Bahru, ia juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar bagaimana cara untuk menjalankan sesuatu projek mahupun sesuatu majlis, bermula dari proses merangka, merancang, mengurus dan melaksanakan sesuatu projek dan seterusnya menganalisis serta penambahbaikan sesuatu projek yang telah dilaksanakan melalui bimbingan tenaga pengajar (Encik Ahmad Kamal bin Mohd Arish).
Sehubungan itu, perlaksanan projek ini dengan harapan sedikit sebanyak menambahkan pengetahuan, meningkatkan kesedaran, memberi pendedahan tentang tanggungjawab sosial setiap masyarakat amnya kepada pelajar itu sendiri serta dapat memupuk semangat kerjasama yang erat di antara satu sama lain di samping dapat menimbulkan rasa ingin berbakti kepada masyarakat.
Why gambling is so popular in casinos - GoGyangFC.com
ReplyDeleteThis gambling-based 미스터 플레이 gambling-based casino resort has 피나클 become one of 바카라승률 the largest in Southeast Asia with 포커게임다운 thousands 포커 테이블 of players playing games