1.0 PENGENALAN PROJEK

Projek ini merupakan satu program  khidmat sosial atau pembangunan masyarakat yang dianjurkan oleh pelajar luar kampus (PLK) Universiti Utara Malaysia, Kampus Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim.  Program ini dinamakan Program Masih Ada Yang Sayang: 4 Penjuru Tembok Harapan bersama-sama dengan penghuni dan pelajar Sekolah Intergriti Penjara Kluang. 
          
Program ini adalah hasil usahasama dari pelajar Universiti Utara Malaysia Kampus Johor Bahru Sesi Jun 2011/Januari 2012. Tujuannya ialah memupuk tanggungjawab dalam diri setiap pelajar tentang tanggungjawab terhadap masyarakat sekeliling terutama yang memerlukan bantuan dan sokongan seperti banduan-banduan yang perlu diberi dorongan dan semangat dalam menjalani kehidupan mendatang.   

Dengan mengadakan program ini sebagai melengkapkan proses pembelajaran para pelajar PLK UUM kampus Johor Bahru, ia juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar bagaimana cara untuk menjalankan sesuatu projek mahupun sesuatu majlis, bermula dari proses merangka, merancang, mengurus dan melaksanakan sesuatu projek dan seterusnya menganalisis serta penambahbaikan sesuatu projek yang telah dilaksanakan melalui bimbingan tenaga pengajar (Encik Ahmad Kamal bin Mohd Arish).

Sehubungan itu, perlaksanan projek ini dengan harapan sedikit sebanyak menambahkan pengetahuan, meningkatkan kesedaran, memberi pendedahan tentang tanggungjawab sosial setiap masyarakat amnya kepada pelajar itu sendiri serta dapat memupuk semangat kerjasama yang erat di antara satu sama lain di samping dapat menimbulkan rasa ingin berbakti kepada masyarakat.

2.0 ORGANISASI DAN SKOP TUGAS

Setiap pelajar telah dibahagikan tugas-tugasnya mengikut biro-biro tertentu dan dipertanggungjawabkan bagi melicinkan projek ini dari awal perancangan program hingga ke akhir pejalanan program. Pembahagian tugasan adalah sebagaimana berikut:-

2.1      JAWATANKUASA TERTINGGI
           
            


2.2       BIRO-BIRO /JAWATANKUASA PELAKSANA

 
   K - Ketua
                                              



2.3       JAWATANKUASA LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK)